Thursday, May 8, 2014

Melayu di VIETNAM

Kali pertama aku menjejaki ke negara VIETNAM pada tahun 2004.

Dari Pnom Penh CAMBODIA,aku menaiki bas ke bandar Ho Chin Minh VIETNAM.Tiket RM40 masa itu.

Sampai sahaja ke bandar Ho Chin Minh,aku mencari peta  dan menukar mata wang Dong

Masa tu RM1 dapat 4000 Dong...





Perut lapar,aku mencari Mat Motor .Sepatah dua patah Inggeris sahaja dia boleh cakap...







Dia bawa aku ke sebuah restoran ada tanda HALAL

"Visa accepted here"




 

Maak aih..ni mesti mahal giler....


Aku pun cakap aku nak gerai halal yang murah....

Mat Motor pun bawa ke sebuah gerai makanan Islam di sebelah masjid.

Aku pun melantak nasi lauk daging dan air coke...









lepas makan hingga kenyang ,aku pn melepak di masjid berehat....






Melayu di THAILAND

  


baca di sini ;

http://sejarahbangsamelayuyanghilang.blogspot.com/

http://abangboyc.blogspot.com/2010/04/wilayah-pattani-timur-selatan-thailand.html

http://ceritapatani.blogspot.com/2013/02/penghapusan-bahasa-dan-budaya-melayu.html







 
Apabila aku bertemu anak Melayu di THAILAND,kami berbual dalam bahasa  Melayu Kelantan  kerna mereka fasih berbahasa Melayu Kelantan.

Banyak kisah kehidupan mereka yang aku kutip.Keperitan hidup bergelar minoriti memang MENYEKSAKAN.

Kebanyakan sekolah,masjid,dewan ,instistusi pondok adalah hasil sumbangan anak-anak Malaysia,Brunei dan dermawan seluruh dunia kerna kerajaan Thai tidak mmebantu golongan minoriti ini.

Monday, May 5, 2014

Bunga Popi di Thailand






Lain negara,lain undang-undang....

Jika di Malaysia

SEKSYEN KESALAHAN/JENIS DADAH HUKUMAN

SEKSYEN 6 


Memiliki kurang daripada 5 gm candu mentah atau daun koka atau pokok popi atau biji ganja dari popi 
HUKUMAN : Penjara tidak lebih 5 tahun dan denda tidak lebih RM20,000.00






Friday, May 2, 2014

Janji Rock




Salah satu kenderaan di CAMBODIA...

Murah beb..lbh murah dr bas atau teksi hahaha...

tp kena sabar dgn beras,ikan masin dan ntah apa lg bau manusia  ....




MELAWAT TOUL SLENG MUZIUM








BACA DI SINI

http://id.wikipedia.org/wiki/Museum_Genosida_Tuol_Sleng

http://en.wikipedia.org/wiki/Tuol_Sleng_Genocide_Museum

GAMBAR AKU DI SITU




Muzium ini amat menyeramkan....mcm2 surah dlm Quran aku baca....


Muzium ni sebenarnya dulu SEKOLAH ANTARABANGSA....ia dijadikan penjara oleh rejim POL POT....


Kalau x silap aku,tiket berharga USD3 ...

Di  sini guna dua mata wang iaitu RIEL CAMBODIA atau DOLAR USA....










KENDERAAN DI CAMBODIA

  
















Aku suka menaiki motor ..ia murah .

Namun hati2 menaiki waktu malam,sbb mereka perompak...

Ramai kena rompak dan ditinggalkan di tepi jalan memakai seluar dalam je...

teksi plg mahal...1KM je USD dolar USA 5.....

Aku x pernah naik teksi demi menjimatkan wang....




Sikap rakyat CAMBODIA

Kali  pertama menjejaki CAMBODIA pada tahun 2004,manakala Thailand pada 1988 .Thaun 1988 aku pi Golok dgn kawan aku tanpa paspot..ikut perahu menyeberang sungai Golok hahaha....

Cambodia ini amat unik kerna mempunyai pelbagai bangsa seperti Khmer,Cina,Melayu,Vietnam dan lain-lain bangsa.

Aku belajar beberapa patah dari kawanku Ghani yg dah lesap ntah ke mana....

Antara aku  hafal

"Peman ( berapa )"

"Ot te "  ( tidak apa )

"mhui (satu ) bi ( dua)  mhei ( tiga )

"Oh Gun " ( terima kasih )

Itulah beberapa patah bahasa Khmer yg aku ingat hahaha....


Kemahiran berbahasa Mandarin sikit-sikit memudahkan aku berkomunikasi dgn bangsa Cina di Cambodia.

Ketika  aku merayau di ibu negara CAMBODIA,PNOM PENH  aku bertemu ramai bangsa Cina dan aku mendapat harga murah kerna berbahasa Cina...





Aku bertemu bangsa Cina di Pnom Penh dan aku berbual dlm bahasa Inggeris...

Tiba-tiba dia cakap " I dont know lah! "

hahaha..rupanya Cina Malaysia!dia dr  Ipoh  PERAK.


dia bekerja sebagai pengurus syarikat bas di situ...

Hayya..pesal x cakap awal2?berbelit lidah aku cakap Mat Saleh!


Katanya ada sebuah restoran org Malaysia,namanya RESTORAN BUNGA RAYA...

aku pn mencarinya dan bertemu..

Nasi lemak?

RM20 ....


Mahal pn mahal la..janji rock hahaha







MY FAV BAND ROCK FROM THAILAND









I Love this band since childhood........................

Thursday, May 1, 2014

MAKANAN PELIK





Aku bertemu penjual labah-labah goreng di jalanan..bagi free pn aku x sanggup makan!



KENANGAN DI UNIVERSITI ISLAM MADINAH

PAGAR UNIVERSITI 





BERSAMA SAHABAT BAIK MOHD SYAFIQ DARI BANGLADESH - TEMAN SEBILIK 



CANDID..AKU TENGAH TIDO PUN KAWAN AKU AMBIL GAMBAR...












SEKOLAH RENDAH



Aku bersekolah di SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT BERINGIN MASJID TANAH MELAKA DARI TAHUN 1980-1986.


SEKOLAH LAMA KAYU DAH LAMA KENA ROBOH....


gambar aku mendapat hadiah no 2 masa DARJAH 6...


Dulu darjah..sekarang tahun hehehe....




EROPAH 6 BULAN?








Aku ada keinginan nak travel alone 6 bulan ke EROPAH....

nanti duit aku sebanyak ni....hehehe..


BANGSA MELAYU

Teman seUniversiti bernama ABDULLAH BIN BAYAAT adalah warganegara AFRIKA SELATAN.

Dia berbangsa Melayu.Kami berkomunikasi dlm bahasa Inggeris dan arab.

Katanya Datoknya fasih berbahasa Melayu namun dia tidak.Aku mengajarnya bahasa Melayu dan dia tahu beberapa ayat seperti "APA KHABAR" dan lain-lain.

Dikatakan di AFRIKA SELATAN ,ada ribuan bangsa Melayu yang berhijrah dan tinggal di sana sejak ratusan tahun lampu.

Setelah tamat Univ kami terputus hubungan.Jk aku sampai ke AFRIKA SELATAN ,pasti aku mencarinya.

Seorang lagi keturunan Melayu adalah Abdullah Chin dr Hainan China.Dia juga tidak tahu berbahasa Melayu .

Menurutnya ,datoknya boleh membaca kitab jawi dan faham bahasa Melayu.Di rumah datoknya masih banyak buku-buku jawi berbahasa Melayu.

Rupanya bangsa Melayu berada di pelusuk dunia ....Di Univ aku belajar ,ada 5000 pelajar dr 150 negara dunia termasuklah negara-negara yang aku belum pernah dengar namanya..

Ada sekali aku bertanya seorang pelajar "Kamu dr mana?"

Jawabnya "Trinidad.."

"Trinidad?ia dekat dengan Australia kah?"aku menjawab

"Kamu ni fail Geografi kah?"sindirnya

Sabar je la!



Semasa merayau di Thailand,aku jumpa ramai MELAYU dan mereka fasih Melayu Kelantan.


Bangsa Melayu bersepah pelusuk dunia...

Ini gambar aku  bersama ABDULLAH,bangsa MELAYU yang tinggal di HAINAN CHINA sejak ratusan tahun lampau....

kulitnya putih melepak .Gambar tahun 1994 





PETA KERAJAAN LAMA

Peta ni aku snap di  ISTANA RAJA yang dijadikan MUZIUM sbb Raja dah ada ISTANA BARU...

Wednesday, April 30, 2014

KAMPUNG CHAM

Aku ada map CAMBODIA yang aku beli di Poi Pet..ia memudahkan aku merayau.

Ghani hantar aku ke KAMPUNG CHAM,sebuah daerah di CAMBODIA dan tinggalkan aku seorang sebab dia ada banyak keje lg...nak ke Vietnam pula katanya.Menurut Ghani ,ada 700,000 org Melayu Islam di CAMBODIA....hingga ada daerah diberi nama KG.CHAM sebagai penghargaan kepada bangsa itu..

"U got any problems,contact me..."katanya.

Aku pn mencari teksi motor dan ia membawa aku ke sebuah perkampungan Melayu Islam...












Aku bertemu seorang penduduk bernama PAKCIK ISMAIL dan menumpang di rumahnya beberapa hari...Aku telefon Ghani dan beritahu aku dah selamat sampai sebuah perkampungan Melayu islam dan ada rumah menumpang tidur...










Kampung ni ramai yang fasih BAHASA MELAYU sebab mereka pernah bekerja di MALAYSIA ...

Melayu ada bersepah2 di dunia ini ..namun ramai tak berjalan,maka mereka tidak tahu...

http://www.youtube.com/watch?v=kQyWEW4UZ4k



ABDUL GHANI

Kawan aku nama GHANI adalah PEMANDU PELANCONG...Dia fasih bahasa Thai,Melayu,Kemboja ,Mandarin ,Inggeris dan Vietnam...

Sepanjang perjalanan dari Malaysia hingga Cambodia ,dia banyak ajar aku bahasa2 yang dia taw dan aku tulis dalam BUKU CATITAN...Aku belaja makan dan bayar hotel...


Dia ni liat sikit solat...bila aku ajak solat,dia kata baju kotor la,penat la,nak tido n mcm2 1000 alasan....

apa nak DIKATA hehehe...







PNOM PENH CAMBODIA

Ibu negara ni mmg memeningkan...dengan kenderaan dan motosikal yang tidak pernah mengikut peraturan jalan raya..lampu merah pun dilanggar ...








Setelah lena tidur ,pagi2 aku pi makan kedai makan Melayu Islam..aku makan nasi dgn sup daging..di sini depa jam 8 pagi dah makan nasi...kat Malaysia makan nasi goreng..depa nasi putih...

Nasi putih,sup daging dan air tin RM6..murah juga la...masa tu tahun 2004 ,sekarang mungkin dah RM10 kot...


lepas makan,aku beli SIM CARD CAMBODIA USD 5.

aku masih ingat nombornya 012-452284....sebab apa aku ingat?aku bawa buku catatan dan catit semua perjalanan aku....sim Malaysia aku simpan dlm dompet....



lepas beli SIM dan TOP UP,aku tepon mama aku tanya khabar...








KOMPAS KIBLAT

Aku bawa kompas kiblat untuk memudahkan aku..melancong negara kafir mmg amat payah....

POI PET CAMBODIA

 




Jika melalui jalan darat ke  CAMBODIA,akan melalui imigresen bandar POIPET.

bandar ini penuh dengan rumah pelacuran,kasino,hotel dan mcm2 segala bapak segala haram jadah...


Pelacur jalanan menawarkan harga serendah USD 10 ( RM30 lebih kurang )

Di bandar ini matawang RIEL atau dolar USA digunakan.





MATA WANG CAMBODIA



Setelah aku melantak 3 pinggan nasi di kedai Melayu Islam ,aku pn merayau bandar POI PET ni...

Aku masuk kasino untuk melihat2 sahaja sbb aku ni bukan KAKI JUDI...hotel2 mmg cantik,ada harga USD50 dolar USA dan rumah tumpangan serendah harga RM10....

Kira-kira jam 8 malam ,aku dan Ghani bertolak  dengan teksi haram berjenama TOYOTA ke IBU NEGARA CAMBODIA bernama PNOM PENH.driber kereta bawa  laju betul...kalau naik bas,8 jam....dia bawa 4 jam dah sampai....

menurut kawan aku Ghani ,Pnom tu maksudnya bukit ...

sampai je bandar Pnom Penh,kami tido rumah tumpangan  harga RM30...Tiada air-cond,hanya kipas.

Pelacur menunggu di depan hotel dgn bau wangi nak pitam aku dgn baju seksi meksi...Malas aku nak layan !

aku pn zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz