Thursday, May 8, 2014

Melayu di VIETNAM

Kali pertama aku menjejaki ke negara VIETNAM pada tahun 2004.

Dari Pnom Penh CAMBODIA,aku menaiki bas ke bandar Ho Chin Minh VIETNAM.Tiket RM40 masa itu.

Sampai sahaja ke bandar Ho Chin Minh,aku mencari peta  dan menukar mata wang Dong

Masa tu RM1 dapat 4000 Dong...





Perut lapar,aku mencari Mat Motor .Sepatah dua patah Inggeris sahaja dia boleh cakap...







Dia bawa aku ke sebuah restoran ada tanda HALAL

"Visa accepted here"




 

Maak aih..ni mesti mahal giler....


Aku pun cakap aku nak gerai halal yang murah....

Mat Motor pun bawa ke sebuah gerai makanan Islam di sebelah masjid.

Aku pun melantak nasi lauk daging dan air coke...









lepas makan hingga kenyang ,aku pn melepak di masjid berehat....






Melayu di THAILAND

  


baca di sini ;

http://sejarahbangsamelayuyanghilang.blogspot.com/

http://abangboyc.blogspot.com/2010/04/wilayah-pattani-timur-selatan-thailand.html

http://ceritapatani.blogspot.com/2013/02/penghapusan-bahasa-dan-budaya-melayu.html







 
Apabila aku bertemu anak Melayu di THAILAND,kami berbual dalam bahasa  Melayu Kelantan  kerna mereka fasih berbahasa Melayu Kelantan.

Banyak kisah kehidupan mereka yang aku kutip.Keperitan hidup bergelar minoriti memang MENYEKSAKAN.

Kebanyakan sekolah,masjid,dewan ,instistusi pondok adalah hasil sumbangan anak-anak Malaysia,Brunei dan dermawan seluruh dunia kerna kerajaan Thai tidak mmebantu golongan minoriti ini.

Monday, May 5, 2014

Bunga Popi di Thailand






Lain negara,lain undang-undang....

Jika di Malaysia

SEKSYEN KESALAHAN/JENIS DADAH HUKUMAN

SEKSYEN 6 


Memiliki kurang daripada 5 gm candu mentah atau daun koka atau pokok popi atau biji ganja dari popi 
HUKUMAN : Penjara tidak lebih 5 tahun dan denda tidak lebih RM20,000.00






Friday, May 2, 2014

Janji Rock




Salah satu kenderaan di CAMBODIA...

Murah beb..lbh murah dr bas atau teksi hahaha...

tp kena sabar dgn beras,ikan masin dan ntah apa lg bau manusia  ....




MELAWAT TOUL SLENG MUZIUM








BACA DI SINI

http://id.wikipedia.org/wiki/Museum_Genosida_Tuol_Sleng

http://en.wikipedia.org/wiki/Tuol_Sleng_Genocide_Museum

GAMBAR AKU DI SITU




Muzium ini amat menyeramkan....mcm2 surah dlm Quran aku baca....


Muzium ni sebenarnya dulu SEKOLAH ANTARABANGSA....ia dijadikan penjara oleh rejim POL POT....


Kalau x silap aku,tiket berharga USD3 ...

Di  sini guna dua mata wang iaitu RIEL CAMBODIA atau DOLAR USA....










KENDERAAN DI CAMBODIA

  
















Aku suka menaiki motor ..ia murah .

Namun hati2 menaiki waktu malam,sbb mereka perompak...

Ramai kena rompak dan ditinggalkan di tepi jalan memakai seluar dalam je...

teksi plg mahal...1KM je USD dolar USA 5.....

Aku x pernah naik teksi demi menjimatkan wang....




Sikap rakyat CAMBODIA

Kali  pertama menjejaki CAMBODIA pada tahun 2004,manakala Thailand pada 1988 .Thaun 1988 aku pi Golok dgn kawan aku tanpa paspot..ikut perahu menyeberang sungai Golok hahaha....

Cambodia ini amat unik kerna mempunyai pelbagai bangsa seperti Khmer,Cina,Melayu,Vietnam dan lain-lain bangsa.

Aku belajar beberapa patah dari kawanku Ghani yg dah lesap ntah ke mana....

Antara aku  hafal

"Peman ( berapa )"

"Ot te "  ( tidak apa )

"mhui (satu ) bi ( dua)  mhei ( tiga )

"Oh Gun " ( terima kasih )

Itulah beberapa patah bahasa Khmer yg aku ingat hahaha....


Kemahiran berbahasa Mandarin sikit-sikit memudahkan aku berkomunikasi dgn bangsa Cina di Cambodia.

Ketika  aku merayau di ibu negara CAMBODIA,PNOM PENH  aku bertemu ramai bangsa Cina dan aku mendapat harga murah kerna berbahasa Cina...





Aku bertemu bangsa Cina di Pnom Penh dan aku berbual dlm bahasa Inggeris...

Tiba-tiba dia cakap " I dont know lah! "

hahaha..rupanya Cina Malaysia!dia dr  Ipoh  PERAK.


dia bekerja sebagai pengurus syarikat bas di situ...

Hayya..pesal x cakap awal2?berbelit lidah aku cakap Mat Saleh!


Katanya ada sebuah restoran org Malaysia,namanya RESTORAN BUNGA RAYA...

aku pn mencarinya dan bertemu..

Nasi lemak?

RM20 ....


Mahal pn mahal la..janji rock hahaha