Aku memulakan perjalanan ke Kelantan.Aku memilih perjalanan darat kerna aku mahu melihat pelbagai perkara dan menggali pengalaman mengembara.Menaiki kapal terbang amat pantas,namun tidak menyeronokkan.
Thailand boleh dimasuki dari negeri Kedah,Perlis atau Kelantan dan aku memlilih Kelantan.
Aku memilih Rantau Panjang kerna bandar ini banyak nostalgia..Kali pertama aku ke Thailand pada tahun 1988 bersama kawan baik bernama Kak Ti melalui sungai Golok tanpa pasport.Masa tu umur aku baru 14 tahun.Aku masih ingat menaiki perahu 10 sen...
Kak Ti ni sebenarnya lelaki namun sebab dia pandai memasak,digelar Kak Ti.Sejak tahun 1989 hinggalah hari ini aku terpisah hubungan dengan Kak Ti....
No comments:
Post a Comment