Tuesday, April 8, 2014

Bandar Rantau Panjang





Bandar  Rantau Panjang kini semakin maju berbanding tahun 80an....aku masih ingat ketika sampai di bandar ini tahun 80an,masih banyak kedai kayu dan lusuh dan  sebuah bandar yang kotor.

Kini Rantau Panjang sudah banyak berubah.....

Aku sampai ke Rantau Panjang  dari Melaka  menaiki bas,walaupun aku 'trauma' menggunakan bas sebenarnya.

Sampai sahaja bandar ini pada tahun 2004 ,aku sarapan dengan kawan aku bernama Abdul Ghani .

Selepas sarapan,aku menaiki motosikal  bukan percuma,kena bayar RM2 untuk melalui jambatan Rantau Panjang-Golok .

Imigresen Thailand cop visa sebulan dan sampai la aku ke tanah Siam.....aku pun meneruskan menaiki motor Mat Siam pula ke sebuah hotel di Golok....







Rantau Panjang merupakan sebuah pekan yang bersempadan antara Malaysia dan Thailand yang terletak di utara negeri Kelantan dalam kawasan barat jajahan Pasir Mas. Ia berada 39 kilometer di barat daya bandar Kota Bharu dan terletak berhampiran dengan Sungai Golok,Thailand.
Rantau Panjang dikenali ramai sebagai kawasan zon bebas cukai. Ia terkenal dengan pelbagai barangan jualan dan cenderahati. Pemeriksaan Unit Pencegah PenyeludupanJabatan Kastam Diraja MalaysiaJabatan Imigresen dan Polis Diraja Malaysia menguatkuasakan sekatan di sekitar Rantau Panjang bagi megelak penyeludupan dadah,berasgulamanusia dan sebagainya. Terdapat banyak pangkalan haram berada di sini untuk melakukan kegiatan haram dari sempadanThailand.-WIKIPEDIA 

No comments:

Post a Comment