Aku ada map CAMBODIA yang aku beli di Poi Pet..ia memudahkan aku merayau.
Ghani hantar aku ke KAMPUNG CHAM,sebuah daerah di CAMBODIA dan tinggalkan aku seorang sebab dia ada banyak keje lg...nak ke Vietnam pula katanya.Menurut Ghani ,ada 700,000 org Melayu Islam di CAMBODIA....hingga ada daerah diberi nama KG.CHAM sebagai penghargaan kepada bangsa itu..
"U got any problems,contact me..."katanya.
Aku pn mencari teksi motor dan ia membawa aku ke sebuah perkampungan Melayu Islam...
Aku bertemu seorang penduduk bernama PAKCIK ISMAIL dan menumpang di rumahnya beberapa hari...Aku telefon Ghani dan beritahu aku dah selamat sampai sebuah perkampungan Melayu islam dan ada rumah menumpang tidur...
Kampung ni ramai yang fasih BAHASA MELAYU sebab mereka pernah bekerja di MALAYSIA ...
Melayu ada bersepah2 di dunia ini ..namun ramai tak berjalan,maka mereka tidak tahu...
http://www.youtube.com/watch?v=kQyWEW4UZ4k
Wednesday, April 30, 2014
ABDUL GHANI
Kawan aku nama GHANI adalah PEMANDU PELANCONG...Dia fasih bahasa Thai,Melayu,Kemboja ,Mandarin ,Inggeris dan Vietnam...
Sepanjang perjalanan dari Malaysia hingga Cambodia ,dia banyak ajar aku bahasa2 yang dia taw dan aku tulis dalam BUKU CATITAN...Aku belaja makan dan bayar hotel...
Dia ni liat sikit solat...bila aku ajak solat,dia kata baju kotor la,penat la,nak tido n mcm2 1000 alasan....
apa nak DIKATA hehehe...

PNOM PENH CAMBODIA
Ibu negara ni mmg memeningkan...dengan kenderaan dan motosikal yang tidak pernah mengikut peraturan jalan raya..lampu merah pun dilanggar ...
Setelah lena tidur ,pagi2 aku pi makan kedai makan Melayu Islam..aku makan nasi dgn sup daging..di sini depa jam 8 pagi dah makan nasi...kat Malaysia makan nasi goreng..depa nasi putih...
Nasi putih,sup daging dan air tin RM6..murah juga la...masa tu tahun 2004 ,sekarang mungkin dah RM10 kot...
lepas makan,aku beli SIM CARD CAMBODIA USD 5.
aku masih ingat nombornya 012-452284....sebab apa aku ingat?aku bawa buku catatan dan catit semua perjalanan aku....sim Malaysia aku simpan dlm dompet....
lepas beli SIM dan TOP UP,aku tepon mama aku tanya khabar...

KOMPAS KIBLAT
Aku bawa kompas kiblat untuk memudahkan aku..melancong negara kafir mmg amat payah....
POI PET CAMBODIA
Jika melalui jalan darat ke CAMBODIA,akan melalui imigresen bandar POIPET.
bandar ini penuh dengan rumah pelacuran,kasino,hotel dan mcm2 segala bapak segala haram jadah...
Pelacur jalanan menawarkan harga serendah USD 10 ( RM30 lebih kurang )
Di bandar ini matawang RIEL atau dolar USA digunakan.
MATA WANG CAMBODIA
Setelah aku melantak 3 pinggan nasi di kedai Melayu Islam ,aku pn merayau bandar POI PET ni...
Aku masuk kasino untuk melihat2 sahaja sbb aku ni bukan KAKI JUDI...hotel2 mmg cantik,ada harga USD50 dolar USA dan rumah tumpangan serendah harga RM10....
Kira-kira jam 8 malam ,aku dan Ghani bertolak dengan teksi haram berjenama TOYOTA ke IBU NEGARA CAMBODIA bernama PNOM PENH.driber kereta bawa laju betul...kalau naik bas,8 jam....dia bawa 4 jam dah sampai....
menurut kawan aku Ghani ,Pnom tu maksudnya bukit ...
sampai je bandar Pnom Penh,kami tido rumah tumpangan harga RM30...Tiada air-cond,hanya kipas.
Pelacur menunggu di depan hotel dgn bau wangi nak pitam aku dgn baju seksi meksi...Malas aku nak layan !
aku pn zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz
SEMPADAN THAILAND-CAMBODIA
Lps solat Subuh aku sambung tido....kawan aku Ghani kejutkan aku....
kira2 jam 10 pagi aku merayau bandar Aranyaprathet..
lepas tu kami ke sempadan CAMBODIA
Imigresen Thai cop keluar visa aku ...
lps tu Imigresen Cambodia pula..mcm2 dia tanya...
Katanya "USD25 for VISA..."
aku pn jawab " As i know...no fee for Asean ....."
Hampir 30 minit bertekak,dia pun mengalah dan selamat duit aku USD20 dolar hahaha...
Sampai la aku ke tanah CAMBODIA...aku dan kawan aku Ghani pi kedai makan Islam...3 pinggan aku makan!
dah la mlm kelmarin makan biskut dan air mineral je!

ARANYAPRATHET
PERJALANAN SELAMA LEBIH 48 JAM ,hanya berhenti dua kali makan ,maka akhirnya sampai la bandar ni..
Kesemua banduan yang naik bas dihantar ke penjara bandar ini dan aku dan kawan aku bernama Ghani tu turun dan pi cari hotel...
Aku lupa nama hotelnya..RM70 atau 700 Baht .
Kmai pn pi cari apa nak dimakan....kawan aku tu selamba rock makan burger org Thai bukan Islam jual...
aku makan biskut yg aku bawa je....Bandar ni mmg susah cari kedai makan islam,lg pun smapai dah tengah malam,banyak kedai Islam dah ditutup...
Malam ni aku lepak berborak dengan seorang warga AMERIKA yang dah belas2 tahun tinggal di Thailand.menaiki motor Harley Davidson dan aweknya berbangsa Thai.
aku tanya ada ke Visa dah belas2 tahun tinggal di sini?jawabnya
"Money can make everything....."
hahaha..aku gelak....
Lbh kurang jam 4 pagi,mamat Mat Saleh pn bawa aweknya berjalan2...
aku pn masuk bilik hotel dan ZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZ
BERHENTI MAKAN
Bas banduan dari Golok berhenti di kedai makan setelah beberapa jam perjalanan .Driver bas ada dua orang diiringi polis penjara siap pistol....pergh...
Ada dua gerai,satu Islam,satu lagi bukan Islam...
Peniaga Islam bertudung dan fasih Melayu Kelantan...
aku pn makan sambil mengeliat..mana taknya..bersila berjam2 dalam bas....
aku lupa snap pula gambar awek jual nasi tu....

BAS PENJARA ?
Aku mulanya agak terperanjat bila kawan aku cakap naik bas penjara sbb harganya murah...
RM100 sahaja?
aku lupa snap bas tu..ni aku ambil dlm Google...
lebih kurang cam ni la basnya....
Kawan aku minta paspot dan daftar sebagai "banduan" ....
then bayar RM100....
Oleh kerna aku bukan banduan,maka kerusi pn penuh..jadi aku bersila dalam bas....
Mcm2 rupa dlm bas...ada juga kanak-kanak ( anak banduan kot )
aku sempat berborak dgn depa
Ada yg menyalahi kesalahan Imigresen,ada yg pencuri dan mcm2 kes lagi....
seumur hidup ,inilah kali pertama aku naik bas bersama banduan penjara!

HOTEL DI GOLOK
Aku ni trauma masuk Golok sbb dah banyak kes letupan bom di situ....
Aku sampai je,sewa bilik RM20 : 200 baht Thai ( setengah hari je ) dan berehat..hotel berdekatan dgn masjid dan kedai makan org Melayu Islam...
Kawan aku bernama ABDUL GHANI ( pemandu pelancong ) pn sama melepak dgn aku.
"Boss...kita naik bas penjara..murah beb..dari Golok sampai Aranyaprathet hanya RM100.."
bas penjara?
terperanjat gak aku....

BELAJAR BAHASA
Sebelum berangkat ke 3 buah negara,aku belajar sedikit banyak bahasa Thailand ,Kemboja dan Vietnam.Aku belajar dari kawan,buku dan internet.
"pai nai "
"Khapkonkhap..."
"teu na?"
"Oh Gon.."
"Kam en .."
"Di hegsa..."
Kawan aku Hj Fauzi dr Kelantan banyak mengajar aku.Beliau anak Kelantan yang mempunyai kilang di Thailand dan sering berulang alik dan fasih bahasa Thai.
"SAN RHAKSA......"
INI LAGU KESUKAAAN AKU SEJAK KANAK-KANAK HINGGALAH HARI INI....
http://www.youtube.com/watch?v=wx7uuzXVEF0
SARAWADIKHAP................................................
Ketika aku di THAILAND,VIETNAM & KEMBOJA dan bertemu bangsa Cina di sana,aku cakap Cina
"Ni hao ma....?"
Terperanjat depa!
Aku kini fasih enam bahasa dan sdg belajar beberapa bahasa lagi spt Korea dan Hindustan hehehe...

Saturday, April 12, 2014
Bandar Svai Rieng CAMBODIA
Di sinilah puluhan kanak-kanak,orang cacat berebut-rebut meminta sedekah.....
kalau bawa seguni RM pn x cukup.....
Sebuah masjid di Ho Chin Minh ( Saigon ) VIETNAM
Menurut teman-teman yang rajin ke sana urusan bisnes ,Imam Yusuf ini telah lama meninggal dunia....
al-Fatihah buat arwah....
Sempadan Thailand- Malaysia
Ini gambar sempadan Thailand - Malaysia
gambar ni aku snap ketika pulang dari Hatyai ke Bukit Kayu Hitam,KEDAH pada tahun 2012
DIARI
Aku menulis diari sejak usiaku 10 tahun hinggalah hari ini....tp dah banyak yg lusuh sebab anai-anai suka merayap.....
Thursday, April 10, 2014
Wednesday, April 9, 2014
PETA
Peta ni aku snap dalam sebuah Istana Raja di Cambodia....
Daiviet,Champa,Khmer
Tiga kerajaan zaman dahulu ....
Tuesday, April 8, 2014
Kanak-kanak
Ketika aku kanak-kanak,aku tidak dapat berjalan jauh hingga luar negara ......paling jauh pun ke Ulu Tiram Johor bersama keluarga...
Gambar aku ketika kanak-kanak di Zoo Melaka
Bandar Rantau Panjang
Bandar Rantau Panjang kini semakin maju berbanding tahun 80an....aku masih ingat ketika sampai di bandar ini tahun 80an,masih banyak kedai kayu dan lusuh dan sebuah bandar yang kotor.
Kini Rantau Panjang sudah banyak berubah.....
Aku sampai ke Rantau Panjang dari Melaka menaiki bas,walaupun aku 'trauma' menggunakan bas sebenarnya.
Sampai sahaja bandar ini pada tahun 2004 ,aku sarapan dengan kawan aku bernama Abdul Ghani .
Selepas sarapan,aku menaiki motosikal bukan percuma,kena bayar RM2 untuk melalui jambatan Rantau Panjang-Golok .
Imigresen Thailand cop visa sebulan dan sampai la aku ke tanah Siam.....aku pun meneruskan menaiki motor Mat Siam pula ke sebuah hotel di Golok....
Rantau Panjang merupakan sebuah pekan yang bersempadan antara Malaysia dan Thailand yang terletak di utara negeri Kelantan dalam kawasan barat jajahan Pasir Mas. Ia berada 39 kilometer di barat daya bandar Kota Bharu dan terletak berhampiran dengan Sungai Golok,Thailand.
Rantau Panjang dikenali ramai sebagai kawasan zon bebas cukai. Ia terkenal dengan pelbagai barangan jualan dan cenderahati. Pemeriksaan Unit Pencegah Penyeludupan, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen dan Polis Diraja Malaysia menguatkuasakan sekatan di sekitar Rantau Panjang bagi megelak penyeludupan dadah,beras, gula, manusia dan sebagainya. Terdapat banyak pangkalan haram berada di sini untuk melakukan kegiatan haram dari sempadanThailand.-WIKIPEDIA
Subscribe to:
Posts (Atom)